Southern Wheel Motorsports
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Forum Baru Southern Wheel Motorsports
Peraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) Icon_minitimeTue Nov 22, 2011 5:22 pm by Admin
[size=18]Assalamualaikum Dan Salam 1 Southern Wheel Motorsports

Di sini saya ingin mengumumkan bahawa kita akan meggunakan forum baru di



http://www.southernwheel.org/v2/



Saya akan memindah thread-thread lama di forum baru tersebut,untuk itu,kepada semua,saya inginkan kerjasama dari anda semua supaya daftar di


http://www.southernwheel.org/v2/


Sekian,terima kasih

http://www.southernwheel.org/v2/

Comments: 0
FORUM WILL BE CLOSED FOR RENOVATION
Peraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) Icon_minitimeThu Nov 04, 2010 7:51 pm by Mayat
Salam 1 SW..

PERHATIAN! PIHAK WEBMASTER AKAN MENUTUP FORUM UNTUK KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN PADA 1 TARIKH YANG AKAN DIBERITAHU KELAK. PENYELENGGARAAN INI ADALAH BAGI PERSEDIAAN MENYAMBUT 2011.

SEKIAN..

Comments: 1
Project Announcement
Peraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) Icon_minitimeWed Apr 22, 2009 7:53 pm by Mayat
Any SW Project Will Be Announce Here


Comments: 11
Top posters
Jao
Peraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) I_vote_lcapPeraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) I_voting_barPeraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) I_vote_rcap 
Mayat
Peraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) I_vote_lcapPeraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) I_voting_barPeraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) I_vote_rcap 
Jawa Evo
Peraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) I_vote_lcapPeraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) I_voting_barPeraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) I_vote_rcap 
KaiyumSW
Peraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) I_vote_lcapPeraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) I_voting_barPeraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) I_vote_rcap 
amOy
Peraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) I_vote_lcapPeraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) I_voting_barPeraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) I_vote_rcap 
misz ila
Peraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) I_vote_lcapPeraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) I_voting_barPeraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) I_vote_rcap 
ein
Peraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) I_vote_lcapPeraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) I_voting_barPeraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) I_vote_rcap 
bulan2150
Peraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) I_vote_lcapPeraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) I_voting_barPeraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) I_vote_rcap 
aRe-Jack
Peraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) I_vote_lcapPeraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) I_voting_barPeraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) I_vote_rcap 
eila_punk
Peraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) I_vote_lcapPeraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) I_voting_barPeraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) I_vote_rcap 
Latest topics
» Gambar Convoi Ke Marina Cove Resort Perak 18~19~20 jun 2010
Peraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) Icon_minitimeFri Feb 03, 2012 1:30 pm by giatream

» Forum Baru Southern Wheel Motorsports
Peraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) Icon_minitimeTue Nov 22, 2011 5:22 pm by Admin

» Osiris For Men Cheap Shoes
Peraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) Icon_minitimeSun Jul 31, 2011 7:01 pm by Guest

» USA & Canada Flower Delivery
Peraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) Icon_minitimeSun Jul 31, 2011 4:10 am by Guest

» hippie dating dating milwaukee speed
Peraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) Icon_minitimeFri Jul 29, 2011 7:23 pm by Guest

» When the first Whirlpool Duet album was released in December 2001 came as a surprise to the public
Peraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) Icon_minitimeFri Jul 29, 2011 12:50 pm by Guest

» adult finder friend houston in man seeking woman dating site single free search
Peraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) Icon_minitimeFri Jul 29, 2011 9:48 am by Guest

» Viagra Generico. viagra para hombres
Peraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) Icon_minitimeThu Jul 28, 2011 4:56 pm by Guest

» He didn; t have any problems whatsoever.
Peraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) Icon_minitimeThu Jul 28, 2011 10:10 am by Guest


 

 Peraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2)

Go down 
AuthorMessage
Admin
Administrator
Administrator
Admin


Posts : 49
Join date : 2008-12-01
Location : Johor - Melaka - Negeri Sembilan - Selangor - Putrajaya - KL - Perak - Penang - Kedah - Perlis - Kel

Peraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) Empty
PostSubject: Peraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2)   Peraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2) Icon_minitimeFri Dec 05, 2008 5:46 am

Komparmen Enjin

1. Minyak enjin – Sila tukar minyak enjin sebelum memulakan perjalanan. Jika sukatan meter menyatakan yang dah nak dekat masanye untuk tukar sila bawa minyak enjin dan penapis minyak sekali untuk ditukar apabila masanye tiba.

2. Gas penghawa dingin – Periksa gas penghawa dingin dan sila tambah jika perlu. Periksa hos jika ada kebocoran berlaku.

3. Air Batery – Sila tambah air battery atau tukar battery jka meter volt menunjukkan bawah 14.4 Volt. Sekiranye meter menunjukkan bawah 12 Volt maka ia nye sudah rosak. Sila periksa alternator jika perlu.

4. Cecair Brek – Sila tambah atau tukar cecair brek dan cecair clutch setiap 20,000 km.

5. Cecair Power Steering – Sila tambah atau tukar cecair power steering.

6. Minyak Gear – Tukar inyak gear setiap 20,000 km

7. Penapis Minyak Petrol – Tukar penapis minyak petrol setiap 20,000 km

8. Tali Enjin – Sila ketatkan tali pengahawa dingin dan power steering setiap 20,000 km

9. Pencucuh Plug – Sila tukar plug setiap 20,000 km

10. Kolan Radiator – Sila tambah atau tukar cecair kolan setiap 20,000 km

11. Pencuci Cermin Tingkap – Sila tambah cecair pencuci cermin tingkap.

Penyentak/Suspension

1. Periksa atau tukar jika penyentak depan atau belakang bocor, lembut atau lemah.

Brek
1. Periksa hos brek untuk kebocoran
2. Periksa pad brek untuk kehausan terutamanye yang brek pad depan.

Roda
1. Jika roda bengkok atau rosak, sila betulkan atau tukar yang baru.
2. Pergi buat balancing jika rasa gegaran semasa memandu.
3. Periksa untuk kebocoran pada lubang angina tayar.

Perkara asas

1. Tukar bilah pengelap cermin depan dan belakang sebelum perjalanan. Adalah dicadangkan bagus jika menggunakan cecair Rain-X untuk digilap pada cermin depan dan belakang kenderaan anda.

2. Periksa bal lampu depan dan lampu kabus.

3. Sila buat pemeriksaan penyelarasan roda (Alignment)

4. Periksa bunga tayar. Kalau masih mempunyai lebih dari 50% maka masih berpeluang untuk meneruskan konvoi tapi kalau kurang dari 30% mestilah tukar tayar dalu atau tidak dibenarkan menyertai konvoi.

5. Periksa tekanan tayar - 34 psi untuk depan dan - 32 psi untuk belakang.

6. Tayar sokongan mestilah menpunyai tekanan -40 -45 psi.

Medik Marshal

Marshal yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk memberikan pertolongan kecemasan tahap pertama. Ini adalah penting kerana jika berlaku kemalangan, pihak penyelamat akan menambil masa yang agak lama untuk sampai ke lokasi, jadi pertolongan tahap pertama amatlah di perlukan. Kalau boleh biarlah Medic Marshal ini dilantik dari latarbelakang ahli penyelamat, ahli ambulan, ahli bomba atau bulan sabit merah.

Mekanik Marshal

Marshal mekanik ini biarlah datang dari latarbelakang orang yang mempunyai pengetahuan membaiki serta menyelenggara sesebuah kenderaan. Ini kerana seperti manusia, kenderaan juga boleh rosak pada bila-bila masa dan amatlah penting untuk sesebuah konvoi itu mempunyainya jika berlaku sebarang kerosakkan. Pertolongan tahap pertama amat penting bagi membantu kenderaan konvoi yang mengalami masalah. Marshal ini amatlah penting bagi membantu meneruskan pergerakkan sesuatu konvoi tersebut.

1) Perkara Am

Sebelum berkonvoi, buat pemeriksaan ke atas kereta anda seperti memastikan semua minyak mencukupi, tekanan tayar dan lain-lain dalam keadaan baik. Datang ke tempat permulaan konvoi dan sentiasa dengar penerangan yang diberikan tentang perjalanan dan destinasi konvoi tersebut. Sentiasa bersedia untuk berlepas dengan minyak yang cukup di dalam tangki kereta anda. Jika anda ingin mengubah haluan ke tempat lain atau ingin mengakhiri konvoi, anda mesti memberitahu kereta Lead, Marshal atau petugas yang lain. Ini supaya tidak mengelirukan peserta yang lain yang mungkin menyebabkan mereka akan mengikuti peserta yang tidak menyertai konvoi dalam sesuatu keadaan.

1. Sila sampai di lokasi permulaan pada awal masa untuk mendengar penerangan ringkas tentang laluan dan destinasi perjalanan.
2. Sila bersedia untuk berlepas dengan isian tangki minyak yang penuh.
3. Jila hendak meninggalkan kumpulan konvoi sebelum sampai di destinasi, sila beritahu TL/ATL dahulu.
4. Sesiapa yang mempunyai ketebalan tayar kurang dari 30% tidak akan dibenarkan menyertai konvoi. Jangan memakai Selipar semasa memandu. Sila bawa alat perhubungan masing-masing.

2) Menyalakan lampu kecil

Semasa waktu siang nyalakan lampu kecil dan lampu fog anda. Semasa waktu malam nyalakan headlight dan fog light anda. Ini akan memberitahu kepada pengguna yang lain apa yang terjadi. Peserta lain dapat mengenali anda dengan menyalakan lampu serta tahu bahawa anda berada dalam konvoi yang sama. Ini memudahkan jika salah seorang peserta konvoi dalam kecemasan (memberhentikan/memperlahankan kereta) maka anda dapat melihat dan mengesahkan itu adalah salah seorang peserta konvoi dengan menggunakan cermin sisi.

3) Jangan mengekori di belakang kereta terlalu dekat

Jangan mengikut kereta di hadapan terlalu dekat dan dengan kelajuan yang maksima. Ini amat lah merbahaya. Sentiasa pastikan anda di jarak yang selesa dan selamat.

4) Membenarkan kenderaan Lain Mencelah

Selalunya, Peserta di dalam konvoi tidak membenarkan kenderaan mencelah atau memasuki susunan konvoi. Walau bagaimana pun konvoi sebenarnya membenarkan kenderaan lain keluar masuk dari susunan konvoi. Kebiasaannya kenderaan bukan peserta suka mengugut, menakut nakutkan peserta di dalam konvoi atau inginkan keistimewaan mungkin kerana pandangan pemandu yang tidak jelas dan ingin kan jalan yang tiada gangguan. Peserta konvoi haruslah mempunyai sikap sabar dan timbang rasa untuk membiarkan mereka memotong, melepasi konvoi kita dalam sesuatu keadaan yang sukar. Seharusnya dengan begitu konvoi kita teratur dan tidak mendatang kan emosi sekaligus dapat mengelakkan kejadian yang tak diingini.

5) Kereta Lead sentiasa bertanggungjawab memastikan kelajuan.

Ia adalah amat sukar tetapi amat mudah untuk membiarkan peserta memecut kelajuan dengan sesuka hati. Ini kerana di dalam konvoi ada berbagai sikap pemandu dan kemampuan kereta peserta. Tidak di nafikan akan adanya yang berkata konvoi terlalu laju atau terlalu perlahan. Cuba pastikan kereta anda masih di dalam susunn konvoi tanpa mengganggu lalulintas yang lain. Ini dapat mengurangkan atau tidak ada potong memotong antara satu sama lain semasa berkonvoi. Ini adalah sikap peserta sendiri bertanggungjawab memastikan kereta di belakang, di sisi berada dalam susunan. Jika kereta di belakang perlahan. Pastikan peserta tidak meninggalkan kereta terlalu jauh (perlahankan juga kenderaan anda). Maka konvoi tidak akan terputus. Jangan memecut laju dan meninggalkan barisan konvoi untuk keselesaan memecut atau cuba mengikuti, mencabar kenderaan lain yang cuba mengganggu konvoi. Adalah lebih baik membiarkan kenderaan itu berlalu dan anda kembali kepada barisan konvoi.

6) Berlaku Kecemasan atau Masalah.

Jika ada berlaku masalah atau kecemasan, jangan ada peserta konvoi berhenti melainkan kereta SWEEPER sahaja. Sweeper akan memastikan keadaan terkawal dan konvoi haruslah meneruskan perjalanan sehingga suatu tempat yang dibenarkan berhenti dan selamat. Ini kerana satu susunan konvoi jika berhenti untuk memberikan pertolongan (atas sikap ingin menolong) mudah mengundang kemalangan terutama di jalan yang sibuk.


7) Tenang

Kadangkala tidak semua seperti yang dirancangkan akan berjaya. Kebiasaannya peserta di dalam konvoi mengharapkan atau menjangkakan sesuatu yang baik dan menggembirakan untuk agenda-agenda yang dirancang apabila sampai ke destinasi. Adalah amat penting untuk peserta dalam keadaan sabar, tenang, selesa dan sedia menghadapi kemungkinan seperti perjalanan menjadi lambat kerana kesesakan lalulintas dan tergelincir dari jadual sebenar.

Keluar / Masuk Lebuhraya

Ada yang menggunakan Touch N Go, Tag dan tunai. Walau apa cara sekalipun anda membayar sentiasalah memperlahankan kenderaan anda dan berhenti di belakang kereta Lead di tepi dan menhidupkan lampu hazard (double signal). Jangan keluar daripada kereta. Tunggu sehingga semua berada di susunan semula (SWEEPER akan memastikan susunan ini). Matikan double signal dan berikan signal perlahan lahan masuk ke lorong laluan perlahan unutk meneruskan perjalanan.

9) Memotong

Memotong adalah dibenarkan pada keadaan yang selamat dan tidak melanggar undang2 jalanraya. Jangan memotong pada garisan berkembar atau tidak pasti keadaan jalan dari arah bertentangan. Dalam sesuatu konvoi jika peserta atau kenderaan bukan peserta ingin memotong, biarkan ia memotong dan anda jangan terlalu rapat dengan kereta hadapan dan menyebabkan kereta yang memotong anda dalam keadaan yang bahaya

10) Baju Keselamatan Lutsinar Marshal

Baju vest keselamatan lutsinar adalah satu kemestian untuk setiap ahli marshal semasa mereka menjalankan tugas. Ini adalah untuk memastikan ahli biasa atau peserta konvoi mengetahui siapa yang patut mereka ikuti semasa konvoi berjalan atau semasa berkumpul di suatu lokasi perjumpaan.

11) Radio Amatur Jarak Jauh

Radio amatur adalah berguna kepada setiap ahli marshal supaya mereka dapat berkomunikasi dengan lebih cekap dan sentiasa berwaspada antara ahli marshal yang lain. Ia juga satu cara komunikasi yang menjimatkan selain dari menggunakan talipon bimbit. Dengan kuasa pancaran yang lebih jauh boleh pergi, ahli marshal masih boleh berhubung antara satu sama lain jika mereka tertinggal jauh ke belakang atau depan.

12) Lampu Mata Arah Dan Baton Berlampu

Lampu mata arah adalah satu kemestian untuk ahli marshal menggunakannya pada kenderaan masing-masing bagi tujuan menandakan arah tujuan sesebuah konvoi. Lampu strobe atau kelip-kelip berkuasa tinggi tidak dibenarkan semasa konvoi sedang bergerak kerana ini akan mengganggu pengguna jalan raya yang lain. Baton berlampu amat penting apabila konvoi serdang berhenti atau mengarahkan kenderaan konvoi untuk parking atau mengarahkan laluan.

13) Peti Kecemasan

Kotak atau peti kecemasan adalah amat penting untuk setiap kenderaan bagi memberikan bantuan paras pertama jika berlaku sebarang kemalangan atau kesulitan kepada ahli atau peserta konvoi sebelum pasukan kecemasan ambulan tiba.

14) Kenderaan Mekanik

Adalah bagus jika pasukan marshal sesebuah kelab mempunyai satu atau lebih ahli yang berkebolehan untuk membaiki kenderaan jika konvoi yang hendak dijalankan berjarak jauh atau melalui kawasan pendalaman. Diantara peralatan-peralatan yang marshal mekanik perlu ada, adalah seperti Kit Kecemasan seperti di bawah dan alat pemadam kebakaran jika keadaan memerlukan.
Back to top Go down
https://southernwheel.forumotion.com
 
Peraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 2)
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Peraturan & Adab Ketika Konvoi (Part 1)
» Konvoi Tanjung Resang (1 Mei 2009)
» Peraturan Menjadi Ahli Southern Wheel Motorsports (Members)

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Southern Wheel Motorsports :: Administration :: Rules & Regulations-
Jump to: