Syarat-syarat dan peraturan menjadi ahli VIP:
1 ~ Ahli tidak dibenarkan membuat sebarang aktiviti atau perjumpaan yang menggunakan nama Kelab Southern Wheel Motorsports tanpa kebenaran. Ini kerana, jika tiada alasan yang munasabah aktiviti tersebut diadakan berkemungkinan ianya membawa kesan negatif terhadap masyarakat, dan nama Kelab Southern Wheel Motorsports akan menjadi buruk. Southern Wheel Motorsports tidak akan bertanggungjawab jika terdapat kes polis akibat aktiviti tersebut.
2 ~ Cenderahati, aksesori, produk, barangan, aktiviti, dan segala aspek yang berkaitan Kelab Southern Wheel Motorsports adalah tanggungjawab Kelab Southern Wheel Motorsports. Ahli tidak dibenarkan menggunakan nama Kelab Southern Wheel Motorsports untuk tujuan perniagaan tanpa usahasama atau persetujuan Kelab Southern Wheel Motorsports. Ianya bertujuan untuk memastikan tiada yang mengaut keuntungan dari nama Kelab Southern Wheel Motorsports. Kelab Southern Wheel Motorsports akan mengeluarkan saman kepada syarikat ataupun ahli yang menggunakan nama Kelab Southern Wheel Motorsports untuk tujuan perniagaan tanpa persetujuan atau usahasama.
3 ~ Kelab Southern Wheel Motorsports tidak akan bertanggungjawab jika terdapat ahli yang terlibat dalam kegiatan luar seperti lumba haram, pengubahsuaian kereta yang tidak dibenarkan oleh JPJ dan sebarang perkara yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada Kelab Southern Wheel Motorsports.
4 ~ Ahli Kelab Southern Wheel Motorsports tidak boleh mempertikaikan sebarang pengubahsuaian Kelab Southern Wheel Motorsports di dalam laman web. Ini kerana laman Kelab Southern Wheel Motorsports adalah hak milik Kelab Southern Wheel Motorsports sepenuhnya.
5 ~ Ahli dikehendaki hadir pada setiap perjumpaan atau aktiviti yang dijalankan kecuali ada perkara yang tidak dapat dielakkan.
6 ~ Semua AJK Tertinggi dilantik atas budi bicara Kelab Southern Wheel Motorsports - sebagai Pemilik komuniti, bagi menentukan hala tuju kelab kerana kelab ini. Sebarang jawatan boleh ditarik balik jika kuasa disalah-gunakan. AJK Tertinggi yang terpilih adalah dikalangan ahli yang hanya menyertai Kelab Southern Wheel Motorsports sahaja dan bukan dikalangan ahli yang menyertai banyak kelab kereta.
7 ~ Kelab Southern Wheel Motorsports tidak akan bertanggungjawab diatas apa jua urusan jual beli sesama ahli. Jika terdapat sebarang penipuan berlaku, ahli hendaklah menyelesaikannya sendiri.
8 ~ Jika anda ingin keluar dari Kelab Southern Wheel Motorsports, keahlian anda dan segala keistimewaan akan ditarik balik. Wang anda juga tidak akan dikembalikan.