Southern Wheel bermula di Ulu Choh, Pontian dan ditubuhkan pada tahun 1999. Kelab berkereta ni asalnya ditubuhkan hanya untuk suka-suka dan bermula dari geng mat motor. Insan yang mula-mula terlibat dalam penubuhan kelab ini adalah saudara Joe, Gumik, Dol, Black, Londeh dan beberapa nama lagi gagal untuk dipastikan.
Generasi asal yang terbabit dalam penubuhan kelab ini sudah tidak melibatkan diri mereka namun mereka masih lagi sentiasa berhubung dengan kami. Untuk pengetahuan umum, kelab ini hanya mempunyai kira-kira 20 ahli sahaja ketika itu.
Untuk pengetahuan semua, logo sticker belakang SW asalnya adalah sticker utama yang dahulunya dilekatkan di cermin hadapan dan warna rasmi SW pada ketika itu ialah biru dan merah. Namun pada penghujung tahun 2000, barisan Induk SW telah menukar reka-bentuk sticker cermin hadapan kepada yang boleh anda lihat ketika ini di mana-mana kereta ahli SW dan juga menukar warna rasmi kepada kuning dan putih sebagaimana kekal hingga kini.
Semenjak itu SW semakin berkembang dengan bertambahnya penyertaan ahli sehingga kini lebih 300 keahlian didaftarkan dan akan terus bertambah dan bertambah dari semasa ke semasa dengan hanya keahlian dari seluruh Johor dan kini SW mempunyai 7 cawangan utama iaitu Pontian, Batu Pahat, Kluang, Bandaraya, Mersing, Taman U dan Tebrau serta 1 kumpulan kecil yang membabitkan ahli-ahli SW yang menetap dan bekerja di Kuala Lumpur dan Selangor.
Sepanjang hampir 11 tahun penubuhan SW kami telah dipengerusikan oleh 4 orang pengerusi kelab. Bermula daripada Abang, Abang Joe, Abang Dol dan yang terakhir sehingga kini iaitu Abang KJ.
Pada tahun 2002, kelab berkereta Southern Wheel secara rasminya didaftarkan di Suruhanjaya Pendaftaran Kelab di Malaysia dengan nombor pendaftaran 1334 hasil usaha keras Abang KJ dan ahli SW pada masa itu.
SW ditubuhkan bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara
kami semua. SW banyak terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan selain konvoi dan aktiviti sukan setiap tahun. Antara aktiviti wajib SW setiap tahun adalah konvoi, kejohanan bowling, kejohanan futsal, Majlis Jamuan Hari Raya dan sebagainya.
Antara orang-orang lama yang masih ada dalam kelab ini sehingga kini ialah Pah, Punk, YB, Ambok, Pejal Rabun, Abang KJ, Ja'o dan beberapa nama yang gagal dikesan.
Alhamdulillah. Walaupun sepanjang 10 tahun ini SW telah diduga dengan berbagai cubaan serta permasalahan, namun kerana sayangnya kami pada kelab membuktikan kami mampu bertahan selama tempoh ini. Insyallah, andai diizinkan Allah S.W.T. kami akan mula mengorak langkah dengan menambah keahlian dari seluruh Malaysia. Semoga SW akan terus maju dan maju ke hadapan.
Sekian..
Admin
Southern Wheel Motorsports
Satu Kelab, Satu Keluarga, Satu Ukhwah Yang Erat